Followers

Thursday, 22 August 2013

WHERE TO SHOP ONLINE?

Asalamualaikum yaww.

Hihi. Harini post something yang dekat di hati : shopping. Hahah. Sesungguhnya aku ialah di antara species yang suka pergi shopping. Ikot mood aku, kadang terlebih gila shopping sampai tak ingat dunia, lepas tu balik rumah sedih. Sedih sebab dah muflis. Hahah. Apa bole buat, layan jela nak. Aku juga label diri aku ''MULTI-SHOPPER'' cehwah sebab aku shopping online and offline. Hihi. Dua-dua pun aku bedal. =='' Ya, tabiat ini tidak baik, bahkan mampu meruntuhkan ekonomi masa depan diri sendiri. LOL. InsyaAllah, aku dalam proses nak belajau jimat ni. Hihik.

Okay, kalau shopping offline, rasanya semua tahu nak ke mana kan. So malas citer. Meh aku nak citer port-port best nak shopping online. Maybe ada yang korang dah sedia tahu so kau buat-buat tak tahu jela eh? Hahah. Duduk diam dan baca. *peace*

1.  ZALORA 

Ohoi, seperti yang ditengok dalam iklannya kat TV, memang best shopping sini. Dijamin selamat 100%. Kat sini, aku cuma pernah shopping baju. Untuk yang first sign up, korang akan automatically dapar voucher RM20. Hihi. Baju-baju sini gila updated dan cantik siot. Haritu Raya ada gak belek-belek baju dari JOVIAN. Tapi takpelah, tunggu ada majlis kahwin baru beli. Hahah. Habis duit raya aku kalau beli, Sehelai je dah RM400 =.=. Oh ye, Zalora dah ade COD service sekarang (CashOnDelivery) tapi apa-apa pun, online banking the best. Hee. Best gila masa Raya haritu, ada sampai 80% SALE. Sekarang pun ada lagi. Rajin-rajin lah tengok Zalora ye. 



2.  GROUPON.MY
Hihi. Aku sangatttttttt suka layan Groupon.my. Sebab nama pun Groupon, so mesti banyak coupon. Yang bestnya, banyak sangat offer kau bole dapat kat Groupon. Daripada makanan, pakaian, spa, hotel, and trip pelancongan. Gila tak gila. Sape-sape yang suka buat percutian bajet macam aku, sila selalu jengah Groupon.my. Kalau nak ajak aku pergi pon boleh jugak. Hihi



3.  HONEY PUMPKIN
THE BESTTTT. First, model dia cun. Hahah, secondly baju dia sangat comels youols. Haiyaaaa, one thing je yang aku tak suka, cepat sangat woii sold out. Nampak tak betapa banyaknya pelanggan dia ni. =.= Tapi seriously, aku suka gilaaaaaaaa baju kat sini. CUN




4. VICNITY
Affordable prices dengan kualiti yang jitu. Hihi. Ramai jugakk bloggers yang beli kat sini sehingga buat aku terjoin sekali. For those yang suka gaya yang simple but complicated (camne tuh? hahaha) boleh try beli sini. Kadang ade SALE, so bookmark lah siap-siap kat browser kau. Hihi




5. PRETTYCHASE
Sekarang ade SALE youols. Blouse dia sangat comfy. And kalau kau pakai, nampak lah kau dah matang. Hahah. Yang pentingggggggg, FREE DELIVERY within Malaysia. Hihi




6. WEST FASHION (F21)
As usual, Forever21 memang lah tiptop baju dia. Tapi sedih tak jumpa kat Melaka. Untuk yang tak jumpa tu, jangan sedih, kat sini anda bole shopping online. Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak, hendakkan jugak. Hahah



7. EZYTRED
LOL. Sini murah gila. Gila murah. Gila gila, Murah murah. Hahahah. Aku pun tak tahu nak describe macam mana murah lagi. Hahaha




Okay, ini antara tempat best untuk shop online. Kalau Offline, selalunya Nichii, Kitschen, F21, FOS dan sebagainya. Yang mana lawa, aku rembat je. Huhu. Cakap pasal FOS ,Sape-sape member FOS macam aku, sila jengah FOS sebab ade special offer untuk kita youols. . Levi jeans for half price. Tapi pattern dia biasa jela, takde yang gempak mana.

One tips, kalau korang species rajin shopping online, sila sign up newsletter dari websites berkenaan supaya kita follow up segala SALE yang berlangsung. Macam aku, phone berbunyi je bukan dapat mesej daripada sape-sape, tapi email newsletter ZALORA hahah. Oh ye, sila pastikan anda berurusan dengan shopping site yang dijamin. Jangan tertipu pulak. Rugi. Apa-apa pun, kita sebagai pengguna perlu lebih peka, kalau ada masalah, jangan risau. Laporkan sahaja kepada pihak berwajib. Cehwahhh, kemain kau. Bak kata bos aku, customer is always right (Y)

K people. L babai. M asalamualaikum 

Sunday, 18 August 2013

10 THINGS YANG WAJIB ADA DALAM BEG GUA

Asalamualaikum yaww

Okay, this is just a suka-suka post. Gua rasa nak update blog tapi kering idea, maka gua bedal saja. Kahkah. Silakan layan kegilaan gua hari ini. Miahaha. Sebagai perempuan, kompom lah kita akan bawak beg bila jalan-jalan. Tak kiralah what size will it be. Ada yang suka bawak beg sandang, beg galas, beg kecik, beg besar. Ade ker orang bawak beg plastik? Haha. Whatever it is, it's still a BAG. Species macam aku ni, suka bawak shopper beg. Aku pun tak tahu, tapi aku cenderung untuk beli beg besau-besau. Hahah.
Senang, mana tahu jumpa benda comel, lepastu terbeli, apa lagi sumbat lah dalam beg besau berkenaan. End of the story.

Okay, meh aku nak share apakah 10 benda wajib yang perlu ada dalam beg aku. Kalau tak bawak ni, memang tak sah lah. Gitu.

1) Dompet yang kurang cash. Hahah. Gila kau tak bawak dompet. Penting ni, senang nak shopping. (Theres always debit cards involved =.=) Biasanya aku memang miskin dengan cash, sebab serik dulu pernah hilang dompet dengan cash2 nye sekali. Huhuhuk, sedih bak hang. Kini, tidak lagi. Kau nak curik, amik lah. Aku dah spare rm2 buat belanja ye. Kahkah

2) Handphone. Okay ini memang lah wajib. Gila kau tak bawak. Kalau aku kena culik macam mana? Nanti boleh mak aku detect aku pakai GPS. hahaha. Modern tak mak aku.

3) Spec/ Lens + Solution. Tengok mood aku lah, nak pakai spec or lens. Biasanya kalau ke majlis-majlis bermotif ilmiah, aku pakai spec. Saje nak tunjuk nerd. Kahkah. Kalau tengok wayang aku bawak spec. Sebab duduk dalam aircond lama-lama mata den jadik kering nanti rimas pulak pakai lens. Jadilah aku skema sikit tengok wayang. Pon bole~

4) Dettol Anti-Bacterial Wet Wipes. Yes, benda ini adalah kewajipan. Sebab entah aku rasa macam tak selamat ajew bila terpegang benda-benda yang macam possibility kuman singgah 90% and above. Muahaha.  Contohnya, kau nak cuci tangan nak makan, lepastu kau pegang tombol paip tu (dah berapa banyak kuman kat situ ewww) Jadi kau pun berasa selamat nak makan, walhah, YOU JUST TOUCHED THAT THING. =.= Lagi satu, bau wet wipes dettol ni sangat wangiii, bila lap tangan, rasa segau. Bole? Ada jugak yang suruh aku beli sanitizer. Jawapan aku : Ikut suka hati aku lah. Ada masalah? Beli lah ye, banyak gila kegunaan natang ni. Hahah



5) Cosmetic. Da nama pun perempuan, ofcos ar. Kahkah. Benda wajib di dalam beg aku ialah :

  • Obtuse Lip Tint. Bajet bibir korea mak nyahh oi kahkah. Best, aku rasa bibir aku makin ke pink sejak pakai ni. Entah kenapakah. Hahah
  • Bedak. Bebaskan mukamu dari kilauan minyak/sebum yang bakal menyumbat liang roma. Huh. 
  • Eyeliner. Okay ini ikut lah, kalau aku rajin. Tapi biasanya aku rajin. Hahah


aku pakai bedak maybelline clear smooth extra shine free powder code natural. (Y)


Revlon Eyeliner in black. (Y)

Favourite Lip tint EVERRRR (Y)


6) Air mineral. Hahah, jangan tak percaya, beg aku selalu ade air mineral bak hang. Hahah. Tapi takde lah size besau tu. Patah gak bahu den ni. Aku memang simpan air mineral (botol comel) sebab aku tak suka air manis, and aku juga selalu haus, and aku juga tak boleh kalau tak minum air mineral. Hahah. 


7) Kerongsang kecik-kecik/ pin. Ini adalah masalah aku yang paling kritikal. Kalau harini aku beli 10bijik kerongsang, esoknya mesti tinggal 7-8 bijik sahaja. Hahah entah lah, takde jodoh yang kuat antara kami, itu pasal asik hilang saja youols. Kahkah. Reasonnya aku simpan dalam beg, sebab aku kan ganas. Selalu sangat pin tercabut, terjatuh, hilang dan sebagainya. Lepastu tudung aku mengerbang bak model iklan syampoo =.=. Demi keselamatan diri sendiri, baik aku berjaga-jaga. Kata nenek aku, sediakan payung sebelum hujan yaww.

8) Telekung. Biasanya kalau gi jalan kejap, takdelah aku bawak. Tengok jugaklah destinasi, Kalau setakat jalan 2-3 jam je, selalu tak bawak. Kalau jalan jauh, or konvoi2 ker ngan family aku, bawak la kan. Kang mana pulak nak cekau dah ramai-ramai manusia tu. 

9) Perfume / Lotion. Kadang aku bawak perfume je, kadang aku bawak lotion yang bau-bau wangi. Kadang aku terbawak dua-dua. Kahkah. Yang penting, aku suka sembur adik aku dengan perfume. Hahah bukan ape, dah memang tebiat aku, nak dia wangi macam aku even dia dah pakai perfume dia sendiri. Kahkah. Beware lah, aku suka sembur orang lalalalaalala.

10) Panadol Acti-Fast. Takkan itu pun aku nak cakap kenapa. Hahah. Aku paling taksuka jalan-jalan, lepastu kepala macam nak kopak berdenyut. Memang gangster habis lah emosi aku. Hahah. Ini untuk kecemasan. Mana tahu malang terjadi. Nenek selalu cakap, malang tidak berbau. Memang baguslah tak berbau, boleh sembur perfume. Kahkah


Okay, bye.

Monday, 12 August 2013

Apa Korang Buat Raya Kelima?

Asalamualaikum yaww.

Rasanya tak terlambat lagi nak wish Selamat Hari Raya kepada muslimin muslimat sekalian. Hihi kemain bajet busy kau sampai raya ke-5 baru nak wish miahahaha. Well, memang busy pon. Busy membuta =.= Aku tak tahu lah kenapa aku cepat sangat lena sekarang ni. Adakah otak semakin paham, bahawa nanti bulan 9 masuk degree akan kena banyak bekerja, makanya ia mengambil peluang keemasan ini untuk berehat puas-puas? Oh sangat tragic theory itu.

Apa pun, sekejap je dah Hari Raya Ke5 pon. Aisehman, duit raya tahun ni tak masyuk lah. Takde hasil, bak kata abang aku. Kahkah. Tak cukup seghibu pon (sila tampar diri sendiri kalau percaya pernah jejak seghibu kahkah) Okay, munasabah lah kalau aku kata, sedara mara tengok aku pun teragak-agak, eh budak ni dah besar ni, nak bagi ke tak nak. Cis nampak sangat dah ada tanda-tanda penuaan. Harus bertukar ke Olay ni. Hmm. Okay, cerita Raya aku nak postpone dulu sebab tak surprise ah tunjuk korang awal2 (walhal dah banyak upload kat fb) =.= Hahah. So, post harini berkaitan dengan kegiatan aku dan adik aku, sambut Raya ke5 cara anak muda jiwa remaja. Hahah.

Since takde orang kat rumah, and takde siapa nak datang raya rumah harini, makanya aku and adik aku, Anis pun mula ler rasa panas duduk rumah, hahah. So, kitaorang pun keluar pergi JJ AEON BANDARAYA. Niat di hati nak shopping and tengok wayang. Ni lagi satu masalah aku, cuti 5 bulan kat rumah ni asyik shopping je. Sampai kadang aku bukak purse, rasa kosong~kosong~ sangat. Huhuk sedih kot. Tapi nak buat camne, hidup kena enjoy ! Miahahah


OOTD harini

me: plain long sleeve shirt + kitschen sleeveless cardigan
black jeans
anis: pink cardigan + printed singlet
blue jeans


So we went there by car, Abang bawak. Hihi sayang abg. Lols. Sampai2 je sana teruih ajak Anis pergi tengok tiket wayang dulu. Tapi, makkkkkkkkkkkkkkkauuuuu punya berderet orang beratur. Huh, aku da lah pemalas nak beratur. Apatah lagi menunggu sambil berdiri. Tak kuasa makkauuu nak layan. Hahah. So, aku pujuk Anis, tengok wayang lain kali. Merajuk kemain budak kecik tu. Cis last2 belanja dia buku sebijik kat Popular =.= Nampak tak betapa mithalinya aku 
                                  
                                               


Pastu, aku pusing lah satu JJ. Carik baju, seluar, baju, seluar, baju, seluar. Eh hahaha. Hampir naik gila dibuatnya. Pulak JJ buat SALE sampai 70% beg2. Aku spend masa yang agak lama, belek2 beg. Ade satu dah berkenan dihati den. Beg sandang Pierre Cardin. Smart gilaaaa. Pastu bila nak beli, terpandang pulak satu beg shopper dari CarloRino. Comel gila. Lepas tu belek punya belek, ade lah budak sorang tu marah aku. ''Kejap sana, kejap sini. Nak beli ke tak nak ni akak. Cepat lah. Kita nak main lah'' Hahah itu adalah cik Anis yang sudah bengang menunggu. Hish menyebok betul, spoil mood aku. =.= 


Disebabkan sifat kekakakan yang maksima, aku pun layan jela bawak gi tempat game yang sempit dan bingit. Huh. Tak main pun, just cuci mata tengok budak-budak ni main. Macam-macam perangai sampai aku terpikir, adakah aku juga seperti itu dahulu? Oh tidak, oh tidak. =.=


Kemain lagi kauu drift. Hahah


Time ni beli token. Again =.=

Lepastu shopping lagi. Hihi. Ingat nak carik baju colour orange, sebab entah, mengidam pulak. Hahah pon bole. Belek punya belek, akhirnya jumpa ! Yeay ! Happy terus. Senang citer mood terus baik, terus belanja Anis makan. Muahahaha.  Okay aku dah malas type, korang layan jele gambau. Huhu










Apa pulak korang buat Raya ke5 ni? Lol


There was an error in this gadget