Followers

Thursday, 22 August 2013

WHERE TO SHOP ONLINE?

Asalamualaikum yaww.

Hihi. Harini post something yang dekat di hati : shopping. Hahah. Sesungguhnya aku ialah di antara species yang suka pergi shopping. Ikot mood aku, kadang terlebih gila shopping sampai tak ingat dunia, lepas tu balik rumah sedih. Sedih sebab dah muflis. Hahah. Apa bole buat, layan jela nak. Aku juga label diri aku ''MULTI-SHOPPER'' cehwah sebab aku shopping online and offline. Hihi. Dua-dua pun aku bedal. =='' Ya, tabiat ini tidak baik, bahkan mampu meruntuhkan ekonomi masa depan diri sendiri. LOL. InsyaAllah, aku dalam proses nak belajau jimat ni. Hihik.

Okay, kalau shopping offline, rasanya semua tahu nak ke mana kan. So malas citer. Meh aku nak citer port-port best nak shopping online. Maybe ada yang korang dah sedia tahu so kau buat-buat tak tahu jela eh? Hahah. Duduk diam dan baca. *peace*

1.  ZALORA 

Ohoi, seperti yang ditengok dalam iklannya kat TV, memang best shopping sini. Dijamin selamat 100%. Kat sini, aku cuma pernah shopping baju. Untuk yang first sign up, korang akan automatically dapar voucher RM20. Hihi. Baju-baju sini gila updated dan cantik siot. Haritu Raya ada gak belek-belek baju dari JOVIAN. Tapi takpelah, tunggu ada majlis kahwin baru beli. Hahah. Habis duit raya aku kalau beli, Sehelai je dah RM400 =.=. Oh ye, Zalora dah ade COD service sekarang (CashOnDelivery) tapi apa-apa pun, online banking the best. Hee. Best gila masa Raya haritu, ada sampai 80% SALE. Sekarang pun ada lagi. Rajin-rajin lah tengok Zalora ye. 



2.  GROUPON.MY
Hihi. Aku sangatttttttt suka layan Groupon.my. Sebab nama pun Groupon, so mesti banyak coupon. Yang bestnya, banyak sangat offer kau bole dapat kat Groupon. Daripada makanan, pakaian, spa, hotel, and trip pelancongan. Gila tak gila. Sape-sape yang suka buat percutian bajet macam aku, sila selalu jengah Groupon.my. Kalau nak ajak aku pergi pon boleh jugak. Hihi



3.  HONEY PUMPKIN
THE BESTTTT. First, model dia cun. Hahah, secondly baju dia sangat comels youols. Haiyaaaa, one thing je yang aku tak suka, cepat sangat woii sold out. Nampak tak betapa banyaknya pelanggan dia ni. =.= Tapi seriously, aku suka gilaaaaaaaa baju kat sini. CUN




4. VICNITY
Affordable prices dengan kualiti yang jitu. Hihi. Ramai jugakk bloggers yang beli kat sini sehingga buat aku terjoin sekali. For those yang suka gaya yang simple but complicated (camne tuh? hahaha) boleh try beli sini. Kadang ade SALE, so bookmark lah siap-siap kat browser kau. Hihi




5. PRETTYCHASE
Sekarang ade SALE youols. Blouse dia sangat comfy. And kalau kau pakai, nampak lah kau dah matang. Hahah. Yang pentingggggggg, FREE DELIVERY within Malaysia. Hihi




6. WEST FASHION (F21)
As usual, Forever21 memang lah tiptop baju dia. Tapi sedih tak jumpa kat Melaka. Untuk yang tak jumpa tu, jangan sedih, kat sini anda bole shopping online. Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak, hendakkan jugak. Hahah



7. EZYTRED
LOL. Sini murah gila. Gila murah. Gila gila, Murah murah. Hahahah. Aku pun tak tahu nak describe macam mana murah lagi. Hahaha




Okay, ini antara tempat best untuk shop online. Kalau Offline, selalunya Nichii, Kitschen, F21, FOS dan sebagainya. Yang mana lawa, aku rembat je. Huhu. Cakap pasal FOS ,Sape-sape member FOS macam aku, sila jengah FOS sebab ade special offer untuk kita youols. . Levi jeans for half price. Tapi pattern dia biasa jela, takde yang gempak mana.

One tips, kalau korang species rajin shopping online, sila sign up newsletter dari websites berkenaan supaya kita follow up segala SALE yang berlangsung. Macam aku, phone berbunyi je bukan dapat mesej daripada sape-sape, tapi email newsletter ZALORA hahah. Oh ye, sila pastikan anda berurusan dengan shopping site yang dijamin. Jangan tertipu pulak. Rugi. Apa-apa pun, kita sebagai pengguna perlu lebih peka, kalau ada masalah, jangan risau. Laporkan sahaja kepada pihak berwajib. Cehwahhh, kemain kau. Bak kata bos aku, customer is always right (Y)

K people. L babai. M asalamualaikum 

Sunday, 18 August 2013

10 THINGS YANG WAJIB ADA DALAM BEG GUA

Asalamualaikum yaww

Okay, this is just a suka-suka post. Gua rasa nak update blog tapi kering idea, maka gua bedal saja. Kahkah. Silakan layan kegilaan gua hari ini. Miahaha. Sebagai perempuan, kompom lah kita akan bawak beg bila jalan-jalan. Tak kiralah what size will it be. Ada yang suka bawak beg sandang, beg galas, beg kecik, beg besar. Ade ker orang bawak beg plastik? Haha. Whatever it is, it's still a BAG. Species macam aku ni, suka bawak shopper beg. Aku pun tak tahu, tapi aku cenderung untuk beli beg besau-besau. Hahah.
Senang, mana tahu jumpa benda comel, lepastu terbeli, apa lagi sumbat lah dalam beg besau berkenaan. End of the story.

Okay, meh aku nak share apakah 10 benda wajib yang perlu ada dalam beg aku. Kalau tak bawak ni, memang tak sah lah. Gitu.

1) Dompet yang kurang cash. Hahah. Gila kau tak bawak dompet. Penting ni, senang nak shopping. (Theres always debit cards involved =.=) Biasanya aku memang miskin dengan cash, sebab serik dulu pernah hilang dompet dengan cash2 nye sekali. Huhuhuk, sedih bak hang. Kini, tidak lagi. Kau nak curik, amik lah. Aku dah spare rm2 buat belanja ye. Kahkah

2) Handphone. Okay ini memang lah wajib. Gila kau tak bawak. Kalau aku kena culik macam mana? Nanti boleh mak aku detect aku pakai GPS. hahaha. Modern tak mak aku.

3) Spec/ Lens + Solution. Tengok mood aku lah, nak pakai spec or lens. Biasanya kalau ke majlis-majlis bermotif ilmiah, aku pakai spec. Saje nak tunjuk nerd. Kahkah. Kalau tengok wayang aku bawak spec. Sebab duduk dalam aircond lama-lama mata den jadik kering nanti rimas pulak pakai lens. Jadilah aku skema sikit tengok wayang. Pon bole~

4) Dettol Anti-Bacterial Wet Wipes. Yes, benda ini adalah kewajipan. Sebab entah aku rasa macam tak selamat ajew bila terpegang benda-benda yang macam possibility kuman singgah 90% and above. Muahaha.  Contohnya, kau nak cuci tangan nak makan, lepastu kau pegang tombol paip tu (dah berapa banyak kuman kat situ ewww) Jadi kau pun berasa selamat nak makan, walhah, YOU JUST TOUCHED THAT THING. =.= Lagi satu, bau wet wipes dettol ni sangat wangiii, bila lap tangan, rasa segau. Bole? Ada jugak yang suruh aku beli sanitizer. Jawapan aku : Ikut suka hati aku lah. Ada masalah? Beli lah ye, banyak gila kegunaan natang ni. Hahah



5) Cosmetic. Da nama pun perempuan, ofcos ar. Kahkah. Benda wajib di dalam beg aku ialah :

  • Obtuse Lip Tint. Bajet bibir korea mak nyahh oi kahkah. Best, aku rasa bibir aku makin ke pink sejak pakai ni. Entah kenapakah. Hahah
  • Bedak. Bebaskan mukamu dari kilauan minyak/sebum yang bakal menyumbat liang roma. Huh. 
  • Eyeliner. Okay ini ikut lah, kalau aku rajin. Tapi biasanya aku rajin. Hahah


aku pakai bedak maybelline clear smooth extra shine free powder code natural. (Y)


Revlon Eyeliner in black. (Y)

Favourite Lip tint EVERRRR (Y)


6) Air mineral. Hahah, jangan tak percaya, beg aku selalu ade air mineral bak hang. Hahah. Tapi takde lah size besau tu. Patah gak bahu den ni. Aku memang simpan air mineral (botol comel) sebab aku tak suka air manis, and aku juga selalu haus, and aku juga tak boleh kalau tak minum air mineral. Hahah. 


7) Kerongsang kecik-kecik/ pin. Ini adalah masalah aku yang paling kritikal. Kalau harini aku beli 10bijik kerongsang, esoknya mesti tinggal 7-8 bijik sahaja. Hahah entah lah, takde jodoh yang kuat antara kami, itu pasal asik hilang saja youols. Kahkah. Reasonnya aku simpan dalam beg, sebab aku kan ganas. Selalu sangat pin tercabut, terjatuh, hilang dan sebagainya. Lepastu tudung aku mengerbang bak model iklan syampoo =.=. Demi keselamatan diri sendiri, baik aku berjaga-jaga. Kata nenek aku, sediakan payung sebelum hujan yaww.

8) Telekung. Biasanya kalau gi jalan kejap, takdelah aku bawak. Tengok jugaklah destinasi, Kalau setakat jalan 2-3 jam je, selalu tak bawak. Kalau jalan jauh, or konvoi2 ker ngan family aku, bawak la kan. Kang mana pulak nak cekau dah ramai-ramai manusia tu. 

9) Perfume / Lotion. Kadang aku bawak perfume je, kadang aku bawak lotion yang bau-bau wangi. Kadang aku terbawak dua-dua. Kahkah. Yang penting, aku suka sembur adik aku dengan perfume. Hahah bukan ape, dah memang tebiat aku, nak dia wangi macam aku even dia dah pakai perfume dia sendiri. Kahkah. Beware lah, aku suka sembur orang lalalalaalala.

10) Panadol Acti-Fast. Takkan itu pun aku nak cakap kenapa. Hahah. Aku paling taksuka jalan-jalan, lepastu kepala macam nak kopak berdenyut. Memang gangster habis lah emosi aku. Hahah. Ini untuk kecemasan. Mana tahu malang terjadi. Nenek selalu cakap, malang tidak berbau. Memang baguslah tak berbau, boleh sembur perfume. Kahkah


Okay, bye.

Monday, 12 August 2013

Apa Korang Buat Raya Kelima?

Asalamualaikum yaww.

Rasanya tak terlambat lagi nak wish Selamat Hari Raya kepada muslimin muslimat sekalian. Hihi kemain bajet busy kau sampai raya ke-5 baru nak wish miahahaha. Well, memang busy pon. Busy membuta =.= Aku tak tahu lah kenapa aku cepat sangat lena sekarang ni. Adakah otak semakin paham, bahawa nanti bulan 9 masuk degree akan kena banyak bekerja, makanya ia mengambil peluang keemasan ini untuk berehat puas-puas? Oh sangat tragic theory itu.

Apa pun, sekejap je dah Hari Raya Ke5 pon. Aisehman, duit raya tahun ni tak masyuk lah. Takde hasil, bak kata abang aku. Kahkah. Tak cukup seghibu pon (sila tampar diri sendiri kalau percaya pernah jejak seghibu kahkah) Okay, munasabah lah kalau aku kata, sedara mara tengok aku pun teragak-agak, eh budak ni dah besar ni, nak bagi ke tak nak. Cis nampak sangat dah ada tanda-tanda penuaan. Harus bertukar ke Olay ni. Hmm. Okay, cerita Raya aku nak postpone dulu sebab tak surprise ah tunjuk korang awal2 (walhal dah banyak upload kat fb) =.= Hahah. So, post harini berkaitan dengan kegiatan aku dan adik aku, sambut Raya ke5 cara anak muda jiwa remaja. Hahah.

Since takde orang kat rumah, and takde siapa nak datang raya rumah harini, makanya aku and adik aku, Anis pun mula ler rasa panas duduk rumah, hahah. So, kitaorang pun keluar pergi JJ AEON BANDARAYA. Niat di hati nak shopping and tengok wayang. Ni lagi satu masalah aku, cuti 5 bulan kat rumah ni asyik shopping je. Sampai kadang aku bukak purse, rasa kosong~kosong~ sangat. Huhuk sedih kot. Tapi nak buat camne, hidup kena enjoy ! Miahahah


OOTD harini

me: plain long sleeve shirt + kitschen sleeveless cardigan
black jeans
anis: pink cardigan + printed singlet
blue jeans


So we went there by car, Abang bawak. Hihi sayang abg. Lols. Sampai2 je sana teruih ajak Anis pergi tengok tiket wayang dulu. Tapi, makkkkkkkkkkkkkkkauuuuu punya berderet orang beratur. Huh, aku da lah pemalas nak beratur. Apatah lagi menunggu sambil berdiri. Tak kuasa makkauuu nak layan. Hahah. So, aku pujuk Anis, tengok wayang lain kali. Merajuk kemain budak kecik tu. Cis last2 belanja dia buku sebijik kat Popular =.= Nampak tak betapa mithalinya aku 
                                  
                                               


Pastu, aku pusing lah satu JJ. Carik baju, seluar, baju, seluar, baju, seluar. Eh hahaha. Hampir naik gila dibuatnya. Pulak JJ buat SALE sampai 70% beg2. Aku spend masa yang agak lama, belek2 beg. Ade satu dah berkenan dihati den. Beg sandang Pierre Cardin. Smart gilaaaa. Pastu bila nak beli, terpandang pulak satu beg shopper dari CarloRino. Comel gila. Lepas tu belek punya belek, ade lah budak sorang tu marah aku. ''Kejap sana, kejap sini. Nak beli ke tak nak ni akak. Cepat lah. Kita nak main lah'' Hahah itu adalah cik Anis yang sudah bengang menunggu. Hish menyebok betul, spoil mood aku. =.= 


Disebabkan sifat kekakakan yang maksima, aku pun layan jela bawak gi tempat game yang sempit dan bingit. Huh. Tak main pun, just cuci mata tengok budak-budak ni main. Macam-macam perangai sampai aku terpikir, adakah aku juga seperti itu dahulu? Oh tidak, oh tidak. =.=


Kemain lagi kauu drift. Hahah


Time ni beli token. Again =.=

Lepastu shopping lagi. Hihi. Ingat nak carik baju colour orange, sebab entah, mengidam pulak. Hahah pon bole. Belek punya belek, akhirnya jumpa ! Yeay ! Happy terus. Senang citer mood terus baik, terus belanja Anis makan. Muahahaha.  Okay aku dah malas type, korang layan jele gambau. Huhu










Apa pulak korang buat Raya ke5 ni? Lol


Wednesday, 31 July 2013

REVIEW : SHISEIDO BLACK MASK

Asalamualaikum yaww.

Omgee lagi berapa hari nak Raya. LOL apesal rasa macam sekejap sangat je rasanya. Dah lah banyak benda tak beli lagi. Kasut, sandal, tudung, brooch semua tak beli lagi. Hahah nampak tak betapa akan leburnya duit aku =.= tsk tsk. Kasut apa nak beli pun aku tak sure. Pening pikir tak juga kutemu jawapannya. Ish nampak tak kalutnya orang perempuan ni. Hahah benda ni bole jadi issue. Layan jele ye.

Okay, now aku nak review pasal Shiseido Black Mask. Mesti korang pernah tengok benda alah ni kat facebook sebab rasanya ramai yang jual benda ni. My personal opinion, aku bagi 5 stars ! hoho. Terbukti berkesan tahap melampau menghilangkan whitehead and blackhead. Pastu murah pulak tu.Berbaloi-baloiiii lahh woiii. Hihi

Inilah rupanya. ^^

Biasanya orang pakai kat kawasan sekitar hidung sebabnya blackhead selalu buat buat perkampungan kat situ. Tapi aku try lah jugak google, oh baru tahu boleh juga guna untuk satu muka. Tapi jangan pulak kau sapu dekat dengan kening atau sekitar mata. Pergh tak pasal- pasal belum Raya lagi dah menangis tersedu-sedu. Hahah. Superbnya benda ni, dia cepat kering lepastu bila kau tengok cermin ade feeling-feeling orang minyak sikit. Hitam macam kuali bak hang. Hahah.

Bila dah kering, cabut dengan lemah lembut dan penuh kesopanan. Hihi seronok gila bila cabut tu, rasa macam eh aku dah kembali jadi manusia. Boleh? =.=

Kata Pengeluar:

Shiseido Black Mask merupakan masker peel off yg digunakan utk menghilangkan blackhead & whitahead. Ia merupakan salah satu hot item selling di dunia kosmetic di Jepun, Hong Kong, Taiwan, Korea, Singapore & Malaysia.

CARA PENGUNAAN:

- 1 pack boleh dipakai 2 ~ 3 kali, jgn guna 1 pack sekali pakai, memadai hanya pakai sederhana tebal shja.
- Bersihkan wajah.
- Steam wajah dgn air panas selama sekurang-kurangnya 10 ~ 15 minit. Ini bertujuan utk membesarkan pori-pori & memudahkan pembersihan jeragat.
- Biarkan wajah kering baru sapu mask.
- Tunggu selama 30 minit / hingga mask kering baru tarik mask perlahan-lahan.

1 pack = 12g.


KEBAIKAN SHISEIDO BLACK MASK.

- Dapat menghilangkan & mengurangkan blackhead & whitehead & juga kekotoran di wajah.
- Mengecilkan pori-pori wajah, mengurangkan kedutan, anti penuan & mencerahkan wajah.




Orang minyak. Hihi



Abaikan wajah kanak-kanak riang itu. Hahah.

So aku sangat-sangat syorkan mask ini to those yang nak mengatasi masalah whitehead/ blackhead kalian. Tak rugi pongg. Murah gila wei. Satu packet boleh dapat RM1. Gila tak gila lah kan. Huhu.



XOXO,
ella yaw






   



Sunday, 7 July 2013

10 THINGS THAT YOU PEOPLE MIGHT NOT KNOW ABOUT ME.

Asalamualaikum yaww !

This is a very random post. Kerana kemalasan menulis post yang berat, I feel like nak post something light and easy. Jadik, hangpa semua toksah poning nok mendalami kisah disebalik post den. Pahe dok? Haha

Kata omputeh, ''dont judge a book by its cover''
Kata ore melayu, ''tak kenal maka tak cinta''

Maka, aku nak ajak korang kenal aku. Mana tahu jatuh cinta ker? Bhahaha. There are so many things yang you people, might not know about me. So, apa kata kita berkenalan. *Senyum*

Lets start from number 10 >>> 1. Kadang-kadang bohsan juga ikut urutan skema nih. Muahaha. Sedia? Vrommm

10) Aku hantu Nasi Lemak. Pantang lah tengok ade atas meja, sedar tak sedar, dah ade dalam perut den. Muahaha. Aku boleh bedal Nasi Lemak tak kira waktu. Bukan kata breakfast,lunch ker dinner ker supper ker, aku layan je. Setia bersamamu nasi lemak. Haha



9) Waktu belajar, aku suka makan coklat. Especially masa study week before Exam. Biasanya, waktu pagi, aku akn menyinggah dekat KOOP PASUM and borong coklat (dark chocolate). Pastu, time dengar kuliah, bosan-bosan, aku kunyahlah coklat dengan rakusnya. Muahahah






8) Peminat tegar HELLO KITTY. Hello, aku tahu aku nampak otai dan macho, tapi aku jugak ade hati pada hello kitty yang damn cute. Kat rumah, aku ade beberapa koleksi patung hello kitty idamanku :)





7) Aku anti-laksa. Seumur hidup, aku pernah makan sekali je laksa. Lepas tu, tak pernah lagi aku makan laksa. Tak suka Tak suka Tak suka (hentak-hentak kaki)





6) Puitis. Tolong jangan gelak. FYI, aku adalah penulis sajak dan cerpen dari zaman sekolah menengah. I used to participate dalam pertandingan-pertandingan anjuran DBP dan sekolah. Aku juga seorang penulis bebas dalam sebuah laman sesawang poemhunter.com (Y)





5) Lentur. Mungkin ini agak menggelikan hati, tapi aku juga seorang akrobatik semenjak usia 9 tahun. Pernah wakili sekolah dalam pertandingan akrobatik. Zaman kegemilangan di mana aku boleh meliuk-liukkan ototku tanpa kesengalan yang jitu.





4) Siapa sangka orang yang gila-gila taknak pergi PLKN macam aku ni, boleh dapat anugerah Wirawati Terbaik Kem PLKN Padang Hijau (Kumpulan 1). Ye, alhamdulilah, aku lah orangnya, Heheh. Pelik jugak macam mana boleh dapat tapi tulah, rezeki kan. Ker sebab aku banyak muscle? Hahah





3) Aku ialah seorang yang gayat. Bila kat tempat tinggi, aku akan histeria sikit. Hahah




2) Rabun tahap dasat. Ye, aku memang jarang pakai cermin mata kat luar, tapi sebenarnya aku pakai lens. Sebabnya aku ni dah kategori rabun kritikal. Duduk depan TV pun tak nampak dah =.=



1) AKU FOBIA KATAK. Sesiapa yang satu lab bio ngan aku, tahulah. Hahahahahaha


Terasa jijik/ loya kalau nak google gambar si katak. Eww


Thats all. Kbye people

Friday, 14 June 2013

FAVOURITE ITEM : Obuse Lip Tint

Asalamualaikum yaww!

Hai guys, lamanya tak jenguk blog. Fuhhhhhhhh (tiup dusts yang melekat kat blog ni. Hahah) Maklumlah, sejak bekerja ni, masa yang lapang aku manfaatkan untuk tidur sepuas-puasnya walaupun tak berapa nak puas. Hahah. So, today I decided to write a post regarding my fav product I've been using for days now. :)

OBUSE LIP TINT

Mesti korang semua pernah ternampak bloggers mempromote this hot item kan. Sebenarnya Ibu aku beli barang online, dapat free Obuse Lip Tint ni. Comel je packaging dia, biasalah barang Korea. Saranghae. Tetibe. Hahah.

So, aku yang kaki menyibuk terus mintak ibu. Hahah. Tried this lip tint and aku sukaaaa. Sebab, tak berat and aku memang tak suka kalau bibir kita melekit-lekit. Rasa geli nak minum air, lepastu bertanda kat cawan. Ergh. Tapi pakai Obuse Lip Tint ni, bibir rasa ringan and macam tak pakai pape. Okay lah kan untuk aku yang bibir pucat nak mampus + kering. Entah di mana bibir merah delima. Whahah. Bak pinjam =.=

Yang bestnya, packaging dia comel je, senang masuk dalam pocket baju pun boleh. Hahah. And it comes in three colours. Ibu dapat warna red. Tapi taklah merah menyala semerbak api. Sedang2 and just nice. Walah. Lagi satu, murah gila je benda alah ni, entah berapa hengget pun dapat :)




Comel kan? macam nak telan je Hahah


Boleh pilih nak tint or apply terus kat lips


Berbaloi. 



Model tidak berbayar :/





Saturday, 1 June 2013

10 Random Questions About Me

Asalamualaikum yaww.

This is just another random post. *lompat bintang

1) What is one thing that you like most in your life?
     I must say, my wardrobe. Hahah

2) Who is your idol?
     Any doctor in the whole world. Muahaha

3) What is your favourite colour?
     Red. Bye

4) What kind of clothes do you like to wear?
     Anything that simple, alive and trendy. And no bling bling =.=

5) Do you read books a lot?
    Definitely. In fact, I have this huge amount of books  at home. Normally I pick thriller novel and yeah, love    stories too. And any books by Sophie Kinsella and Wilbur Smith

6) Favourite movie?
    Titanic. I CRYY everytime. Boleh percaya tak? =.=

7) Heels or Flats?
    Heels. 4++ inch. Bother you? Hahah

8) Barbie doll or Teddy Bear?
    I have both, but I'd choose Teddy for the first place.

9) What animal do you like?
     Cats and cats. Meoww

10) One thing that you hate the most?
      Nothing but FROGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG. 

Babai.

With love, Ella