Asalamualaikum yaww !
This is a very random post. Kerana kemalasan menulis post yang berat, I feel like nak post something light and easy. Jadik, hangpa semua toksah poning nok mendalami kisah disebalik post den. Pahe dok? Haha
Kata omputeh, ''dont judge a book by its cover''
Kata ore melayu, ''tak kenal maka tak cinta''
Maka, aku nak ajak korang kenal aku. Mana tahu jatuh cinta ker? Bhahaha. There are so many things yang you people, might not know about me. So, apa kata kita berkenalan. *Senyum*
Lets start from number 10 >>> 1. Kadang-kadang bohsan juga ikut urutan skema nih. Muahaha. Sedia? Vrommm
10) Aku hantu Nasi Lemak. Pantang lah tengok ade atas meja, sedar tak sedar, dah ade dalam perut den. Muahaha. Aku boleh bedal Nasi Lemak tak kira waktu. Bukan kata breakfast,lunch ker dinner ker supper ker, aku layan je. Setia bersamamu nasi lemak. Haha
9) Waktu belajar, aku suka makan coklat. Especially masa study week before Exam. Biasanya, waktu pagi, aku akn menyinggah dekat KOOP PASUM and borong coklat (dark chocolate). Pastu, time dengar kuliah, bosan-bosan, aku kunyahlah coklat dengan rakusnya. Muahahah
8) Peminat tegar HELLO KITTY. Hello, aku tahu aku nampak otai dan macho, tapi aku jugak ade hati pada hello kitty yang damn cute. Kat rumah, aku ade beberapa koleksi patung hello kitty idamanku :)
7) Aku anti-laksa. Seumur hidup, aku pernah makan sekali je laksa. Lepas tu, tak pernah lagi aku makan laksa. Tak suka Tak suka Tak suka (hentak-hentak kaki)
6) Puitis. Tolong jangan gelak. FYI, aku adalah penulis sajak dan cerpen dari zaman sekolah menengah. I used to participate dalam pertandingan-pertandingan anjuran DBP dan sekolah. Aku juga seorang penulis bebas dalam sebuah laman sesawang poemhunter.com (Y)
5) Lentur. Mungkin ini agak menggelikan hati, tapi aku juga seorang akrobatik semenjak usia 9 tahun. Pernah wakili sekolah dalam pertandingan akrobatik. Zaman kegemilangan di mana aku boleh meliuk-liukkan ototku tanpa kesengalan yang jitu.
4) Siapa sangka orang yang gila-gila taknak pergi PLKN macam aku ni, boleh dapat anugerah Wirawati Terbaik Kem PLKN Padang Hijau (Kumpulan 1). Ye, alhamdulilah, aku lah orangnya, Heheh. Pelik jugak macam mana boleh dapat tapi tulah, rezeki kan. Ker sebab aku banyak muscle? Hahah
3) Aku ialah seorang yang gayat. Bila kat tempat tinggi, aku akan histeria sikit. Hahah
2) Rabun tahap dasat. Ye, aku memang jarang pakai cermin mata kat luar, tapi sebenarnya aku pakai lens. Sebabnya aku ni dah kategori rabun kritikal. Duduk depan TV pun tak nampak dah =.=
1) AKU FOBIA KATAK. Sesiapa yang satu lab bio ngan aku, tahulah. Hahahahahaha
Terasa jijik/ loya kalau nak google gambar si katak. Eww
Thats all. Kbye people
No comments:
Post a Comment