Followers

Monday, 12 August 2013

Apa Korang Buat Raya Kelima?

Asalamualaikum yaww.

Rasanya tak terlambat lagi nak wish Selamat Hari Raya kepada muslimin muslimat sekalian. Hihi kemain bajet busy kau sampai raya ke-5 baru nak wish miahahaha. Well, memang busy pon. Busy membuta =.= Aku tak tahu lah kenapa aku cepat sangat lena sekarang ni. Adakah otak semakin paham, bahawa nanti bulan 9 masuk degree akan kena banyak bekerja, makanya ia mengambil peluang keemasan ini untuk berehat puas-puas? Oh sangat tragic theory itu.

Apa pun, sekejap je dah Hari Raya Ke5 pon. Aisehman, duit raya tahun ni tak masyuk lah. Takde hasil, bak kata abang aku. Kahkah. Tak cukup seghibu pon (sila tampar diri sendiri kalau percaya pernah jejak seghibu kahkah) Okay, munasabah lah kalau aku kata, sedara mara tengok aku pun teragak-agak, eh budak ni dah besar ni, nak bagi ke tak nak. Cis nampak sangat dah ada tanda-tanda penuaan. Harus bertukar ke Olay ni. Hmm. Okay, cerita Raya aku nak postpone dulu sebab tak surprise ah tunjuk korang awal2 (walhal dah banyak upload kat fb) =.= Hahah. So, post harini berkaitan dengan kegiatan aku dan adik aku, sambut Raya ke5 cara anak muda jiwa remaja. Hahah.

Since takde orang kat rumah, and takde siapa nak datang raya rumah harini, makanya aku and adik aku, Anis pun mula ler rasa panas duduk rumah, hahah. So, kitaorang pun keluar pergi JJ AEON BANDARAYA. Niat di hati nak shopping and tengok wayang. Ni lagi satu masalah aku, cuti 5 bulan kat rumah ni asyik shopping je. Sampai kadang aku bukak purse, rasa kosong~kosong~ sangat. Huhuk sedih kot. Tapi nak buat camne, hidup kena enjoy ! Miahahah


OOTD harini

me: plain long sleeve shirt + kitschen sleeveless cardigan
black jeans
anis: pink cardigan + printed singlet
blue jeans


So we went there by car, Abang bawak. Hihi sayang abg. Lols. Sampai2 je sana teruih ajak Anis pergi tengok tiket wayang dulu. Tapi, makkkkkkkkkkkkkkkauuuuu punya berderet orang beratur. Huh, aku da lah pemalas nak beratur. Apatah lagi menunggu sambil berdiri. Tak kuasa makkauuu nak layan. Hahah. So, aku pujuk Anis, tengok wayang lain kali. Merajuk kemain budak kecik tu. Cis last2 belanja dia buku sebijik kat Popular =.= Nampak tak betapa mithalinya aku 
                                  
                                               


Pastu, aku pusing lah satu JJ. Carik baju, seluar, baju, seluar, baju, seluar. Eh hahaha. Hampir naik gila dibuatnya. Pulak JJ buat SALE sampai 70% beg2. Aku spend masa yang agak lama, belek2 beg. Ade satu dah berkenan dihati den. Beg sandang Pierre Cardin. Smart gilaaaa. Pastu bila nak beli, terpandang pulak satu beg shopper dari CarloRino. Comel gila. Lepas tu belek punya belek, ade lah budak sorang tu marah aku. ''Kejap sana, kejap sini. Nak beli ke tak nak ni akak. Cepat lah. Kita nak main lah'' Hahah itu adalah cik Anis yang sudah bengang menunggu. Hish menyebok betul, spoil mood aku. =.= 


Disebabkan sifat kekakakan yang maksima, aku pun layan jela bawak gi tempat game yang sempit dan bingit. Huh. Tak main pun, just cuci mata tengok budak-budak ni main. Macam-macam perangai sampai aku terpikir, adakah aku juga seperti itu dahulu? Oh tidak, oh tidak. =.=


Kemain lagi kauu drift. Hahah


Time ni beli token. Again =.=

Lepastu shopping lagi. Hihi. Ingat nak carik baju colour orange, sebab entah, mengidam pulak. Hahah pon bole. Belek punya belek, akhirnya jumpa ! Yeay ! Happy terus. Senang citer mood terus baik, terus belanja Anis makan. Muahahaha.  Okay aku dah malas type, korang layan jele gambau. Huhu










Apa pulak korang buat Raya ke5 ni? Lol


No comments:

Post a Comment